Entry: 15 Kebaikan Sujud yang tersembunyi Saturday, September 17, 2005





Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling
menggalakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat
asalnya. Percaya atau tidak, berikut adalah hikmah yang diperoleh daripada perbuatan bersujud ketika sembahyang.

1. Membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit daripada
tempat asalnya.

2. Membetulkan pundi peranakan yang jatuh.

3. Melegakan sakit hernia.

4.Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.

5.Melegakan paru-paru daripada ketegangan.


6. mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.
7.kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.

8.Meringankan bahagian pelvis.

9.Memberi dorongan supaya mudah tidur.

10. Menggerakkan otot bahu, dada,leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud. Pergerakan otot ini akan menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik,secara semula jadi dan ia juga akan memastikan kelancaran perjalanan darah.

11. Bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.

12. Sujud juga mampu mengurangkan kegemukan.

13.Pergerakan bahagian otot sewaktu sujud juga boleh memudahkan wanita bersalin.organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut.(Convulsions).

14.Organ terpenting iaitu otak kita juga akan menerima banyak bekalan darah dan oksigen.

15. Mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah keotak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya. Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha pencipta sekali gus mengikis sifat sombong,riak takbur dan sebagainya.

Manakala dari sudut perubatan pula, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti seseorang

   3 comments

malaysia web design
June 30, 2009   02:34 PM PDT
 
aku sokong dengan pekara di atas
fire extinguisher manufacturer
June 29, 2009   04:50 PM PDT
 
AKU PUN PERNAH DENGAR
web design
June 29, 2009   12:16 PM PDT
 
memang betul cerita tentang sujud tu

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments