TIADA JAMINAN ESOK AKAN TIBA. LAKUKAN HARI INI




IIntelligent
AAstonishing
NNice
SStrange
UUnnatural
RRadiant
YYoung
AAccurate
NNormal
IIndustrious

Name / Username:


Name Acronym Generator
From Go-Quiz.com

  • Melayu
  • Lahir dan tinggal di Singapura
  • 5 May 1977
  • Taurus

    HOBI MASA LUANG
  • Menonton tv
  • Mendengar ERA
  • YM
  • Membaca
  • Godeh dan update BLOG
  • Surf Internet

    Aku selalu forum @
  • cari.com
  • Melayu.com

    WARNA KEGEMARAN
  • Hitam
  • Ungu

    DALAM BEG ADA
  • Dompet
  • Notebook (diari)
  • Pencil case
  • Novel

    SELALU TONTON
  • CSI
  • Survivor
  • The Apprentice
  • American Idol
  • Fear Factor

  • SELALU DENGAR

  • RIA 89.7

    DJ PUJAAN
  • sempoi

    FILEM KESUKAAN
  • Lord of The Rings
  • Ever After

    PENYANYI KESUKAAN
  • Anuar Zain
  • Ziana Zain
  • Spider
  • M Nasir
  • Whitney Houstan
  • Linkin Park
  • Bon Jovi

    PELAKON PUJAAN
  • Rosyam Nor

    PENULIS KEGEMARAN
  • Sri Diah
  • Ramlee Awang Murshid
  • Sidney Sheldon
  • Danielle Steel
  • Jude Devaraux
  • Johanna Lindsey
  • Stephen King
  • John Saul

    Email
  • ianbuffy@yahoo.com.sg

    ONLINE GAME YG AKU MAIN SEKARANG
  • Maplestory




    SUKAN YANG AKU SUKA
  • Bolasepak
  • Rugby
  • F1
  • Wrestling

    KELAB BOLASEPAK YANG AKU SOKONG
  • Manchester United
  • Real Madrid



    My Japanese name is Sakura Nishimuraya

    kalau sesiapa nak tahu nama jepun korang, meh lah klik kat sini.


    My very British name is Susan Salisbury.


    kalau korang nak tahu nama british omputih korang, meh klik sini










    Your Birthdate: May 5

    With a birthday on the 5th of the month you are inclined to work well with people and enjoy them.

    You are talented and versatile, very good at presenting ideas.

    You may have a tendency to get itchy feet at times and need change and travel.



    You tend to be very progressive, imaginative and adaptable.

    Your mind is quick, clever and analytical.

    A restlessness in your nature may make you a bit impatient and easily bored with routine.

    You may have a tendency to shirk responsibility


  •    

    << December 2009 >>
    Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
     01 02 03 04 05
    06 07 08 09 10 11 12
    13 14 15 16 17 18 19
    20 21 22 23 24 25 26
    27 28 29 30 31


    If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



    rss feed


     
    Sunday, October 23, 2005
    pertukaran alamat blog
    harap naklum bahawa blog ini aka ditutp selamanya kerana telah berpindah kerumah baru iaitu http://ianzsuryani.blogspot.com

    harap maklum................

    Posted at Sunday, October 23, 2005 by ianz
    Comments (3)  

     
    Sunday, October 09, 2005
    antara ayah, anak dan burung gagak
    Pada suatu petang seorang tua bersama anaknya yang baru menamatkan pendidikan dari universiti duduk berbincang-bincang di halaman rumah sambil memperhatikan suasana di sekitar mereka.

    Tiba-tiba seekor burung gagak hinggap di ranting pokok berhampiran.

    Si ayah lalu menuding jari ke arah gagak sambil bertanya,

    "Nak, apakah benda itu?"

    "Burung gagak", jawab si anak.


    Si ayah mengangguk-angguk, namun sejurus kemudian sekali lagi mengulangi pertanyaan yang sama.

    Si anak menyangka ayahnya kurang mendengar jawabannya tadi lalu menjawab dengan sedikit kuat,

    "Itu burung gagak, Ayah!"

    Tetapi sejurus kemudian si ayah bertanya lagi pertanyaan yang sama. Si anak merasa agak keliru dan sedikit bingung dengan pertanyaan yang sama diulang-ulang, lalu menjawab dengan lebih kuat,

    "BURUNG GAGAK!!"

    Si ayah terdiam seketika. Namun tidak lama kemudian sekali lagi sang ayah mengajukan pertanyaan yang serupa hingga membuat si anak hilang kesabaran dan menjawab dengan nada yang kesal kepada si ayah,

    "Itu gagak, Ayah."

    Tetapi agak mengejutkan si anak, karena si ayah sekali lagi membuka mulut hanya untuk bertanya hal yang sama. Dan kali ini si anak benar-benar hilang sabar dan menjadi marah.

    "Ayah!!! Saya tak tahu Ayah paham atau tidak. Tapi sudah 5 kali Ayah bertanya soal hal tersebut dan saya sudah juga memberikan jawabannya. Apa lagi yang Ayah mahu saya katakan???? Itu burung gagak, burung gagak, Ayah.....",
    kata si anak dengan nada yang begitu marah.

    Si ayah lalu bangun menuju ke dalam rumah meninggalkan si anak yang kebingungan. Sesaat kemudian si ayah keluar lagi dengan sesuatu di tangannya.Dia mengulurkan benda itu kepada anaknya yang masih geram dan bertanya-tanya. Diperlihatkannya sebuah diari lama.

    "Cuba kau baca apa yang pernah Ayah tulis di dalam diari ini," pinta si Ayah.

    Si anak setuju dan membaca catatan yang berikut.

    "Hari ini aku di halaman melayani anakku yang genap berumur lima tahun. Tiba-tiba seekor gagak hinggap di pohon berhampiran. Anakku terus menunjuk ke arah gagak dan bertanya, "Ayah, apa itu?"

    Dan aku menjawab, "Burung gagak."

    Walau bagaimana pun, anakku terus bertanya soal yang serupa dan setiap kali aku menjawab dengan jawaban yang sama.

    Sehingga 25 kali anakku bertanya demikian, dan demi rasa cinta dan sayangku, aku terus menjawab untuk memenuhi perasaan ingin tahunya. Aku berharap hal ini menjadi suatu pendidikan yang berharga untuk anakku kelak."

    Setelah selesai membaca catatan tersebut si anak mengangkat muka memandang wajah si Ayah yang kelihatan sayu.

    Si Ayah dengan perlahan bersuara, " Hari ini Ayah baru bertanya kepadamu soal yang sama sebanyak 5 kali, dan kau telah hilang kesabaran serta marah."

    Lalu si anak seketika itu juga menangis dan bersimpuh di kedua kaki ayahnya memohon ampun atas apa yg telah ia perbuat.



    "Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia [850]. [850] Mengucapkan kata "ah" kepada orang tua tidak dlbolehkan oleh agama apalagi mengucapkan kata-kata atau memperlakukan mereka dengan lebih kasar daripada itu." (17:23.)



    PESAN:

    Jagalah hati dan perasaan kedua orang tuamu, hormatilah mereka. Sayangilah mereka sebagaimana mereka menyayangimu di waktu kecil.

    Kita sudah banyak mempelajari tuntunan Islam apalagi berkenaan dengan berbakti kepada kedua orangtua.

    Tapi berapa banyak yang sudah di mengerti oleh kita apalagi diamalkan???

    Ingat! ingat! Banyak ilmu bukanlah kunci masuk syurganya Allah.

    Posted at Sunday, October 09, 2005 by ianz
    Comments (6)  

     
    Saturday, September 17, 2005
    15 Kebaikan Sujud yang tersembunyi



    Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling
    menggalakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat
    asalnya. Percaya atau tidak, berikut adalah hikmah yang diperoleh daripada perbuatan bersujud ketika sembahyang.

    1. Membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit daripada
    tempat asalnya.

    2. Membetulkan pundi peranakan yang jatuh.

    3. Melegakan sakit hernia.

    4.Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.

    5.Melegakan paru-paru daripada ketegangan.


    6. mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.
    7.kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.

    8.Meringankan bahagian pelvis.

    9.Memberi dorongan supaya mudah tidur.

    10. Menggerakkan otot bahu, dada,leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud. Pergerakan otot ini akan menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik,secara semula jadi dan ia juga akan memastikan kelancaran perjalanan darah.

    11. Bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.

    12. Sujud juga mampu mengurangkan kegemukan.

    13.Pergerakan bahagian otot sewaktu sujud juga boleh memudahkan wanita bersalin.organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut.(Convulsions).

    14.Organ terpenting iaitu otak kita juga akan menerima banyak bekalan darah dan oksigen.

    15. Mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah keotak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya. Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha pencipta sekali gus mengikis sifat sombong,riak takbur dan sebagainya.

    Manakala dari sudut perubatan pula, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti seseorang

    Posted at Saturday, September 17, 2005 by ianz
    Comments (3)  

     
    Sunday, September 04, 2005
    ..:: Peranan dan Falsafah Mata Melalui Madah ::..



    1. Jagalah mata lahir dengan sebaik-baiknya, jangan gunakan sewenang-wenangnya kerana ia boleh melemahkan atau membutakan mata hati atau mati batin.

    2. Biarlah mata kepala rabun atau buta, kerana ia hanya menyusahkan kehidupan di dunia, tapi kalau mata hati rabun atau buta ia akan menyusahkan kehidupan di Akhirat yang semua orang akan tinggal di sana kekal abadi.

    3. Mata lahir macamlah lampu kereta, kalau selalu sahaja main-main lampu itu akan melemahkan bateri, begitulah kalau mata lahir selalu sahaja main-main tengok yang haram ia akan melemahkan mata hati.

    4. Mata adalah satu anggota badan yang mempunyai peranan dan falsafah hidupnya yang tersendiri. Di antaranya:


    i. Kalau ia memandang sambil lewa ertinya ia melihat sambil berfikir.

    ii. Kalau ia memandang secara menjeling ada rahsia yang dia hendak tahu atau ada perkara yang dia curigai, atau hendak mencuri pandangan agar orang tidak tahu.

    iii. Kalau ia memandang dengan tajam sambil merenung ertinya ia memandang sambil berfikir kerana ingin memahami apa yang dia lihat.

    iv. Kalau dia memandang dengan membeliakkan mata bererti dia merasa hairan apa yang dia lihat atau dia marah pada seseorang.

    v. Kalau dia memandang di satu hala lama pula dan biasanya badannya tidak digerakkan mungkin dia berkhayal atau merenung akan sesuatu di masa yang lalu atau memikirkan di masa depannya apa nasibnya.

    vi. Kalau dia menggunakan mata melihat ke tempat-tempat dialihnya di satu tempat ke satu tempat atau pandangannya dilirik-lirikkannya ertinya dia terpesona atau kagum dengan pa yang dia lihat atau merasa aneh atau merasa gerun boleh jadi juga merasa jijik.

    vii. Kalau dia mengenyit-ngenyitkan mata ertinya memberi isyarat sesuatu kepada seseorang atau memberi signal kepada seseorang yang dia telah jatuh hati kepada orang itu.

    viii. Kalau dia memejamkan mata bererti dia hendak tidur atau hendak mengingatkan sesuatu yang dia telah lupakan.

    ix. Kalau dia memain-mainkan mata atau menggerak-gerakkan mata, mengenyit- ngenyitkan mata ertinya dia hendak bergurau. Biasanya selalu digunakan kepada kanak-kanak.

    x. Kalau mata memandang secara liar sama ada ketakutan atau hendak mengintip orang yang buat salah atau ada seseorang yang hendak dicari atau ada orang yang dicurigai.

    xi. Mata keranjang, seseorang yang suka melihat perempuan atau perempuan suka sangat melihat lelaki kerana tidak dapat mengawal nafsunya.

    xii. Kalau mata dipejamkan dengan muka kerut sama ada menahan sakit, atau menahan rasa makanan yang pahit atau masam atau pedas.

    xiii. Kalau mata itu sudah kuyu atau layu antara terbuka dan terkatup menunjukkan seseorang itu mengantuk hendak tidur.

    xiv. Kalau mata itu sudah layu badan ikut longlai, ampun maaflah terpaksa juga saya menyebutkan, itu menunjukkan seseorang itu sudah terlalu bernafsu.

    5. Pandangan mata lahir boleh mengingatkan kita kepada Allah Taala dan juga boleh melalaikan kita daripada Allah.

    6. Pandangan mata lahir boleh merasakan mata hati kebesaran Allah dan kehebatan Allah Taala atau boleh sekadar merasakan kecantikan dan kehebatan apa yang dia lihat semata-mata.

    7. Mata kepala boleh membutakan mata hati, kalau dia melihat tidak disertakan dengan Allahdan juga boleh menghidupkan mata hati jika disertakan dengan Allah Taala.

    Posted at Sunday, September 04, 2005 by ianz
    Comments (2)  

     
    Sunday, August 21, 2005
    bersihkan hati dari riak

    Kebersihan hati memerlukan kesahihan ibadah seseorang.Di dalam konteks solat,menurut Imam al-Ghazali unsur-unsur ibadat hati yg ditekankan ada 5 iaitu:


    1. Kehadiran hati(hati tidak menerawang memikirkan perkara lain selain daripada solat).

    2. Pemahaman(memahami segala perkataan yg dilafazkan ketika solat).

    3. Pengagungan dan merasai kehebatan ALLAH SWT (rasa takut terhadap ALLAH hasil drp kefahaman berhubung keagungan dan kebesaranNYA).

    4. Harap(mengharapkan pahala ALLAH SWT krn Dialah sahaja tempat pergantungan bagi manusia).

    5. Malu(berasa malu dgn ibdat yg telah dilakukan krn pastinya terdapat kekurangan padanya).

    Imam al-Hasan berkata yg bermaksud: “Mereka yg tidak menghadirkan hati ketika melakukan solat,solat mereka akan mencepatkan mereka kepada seksaan ALLAH.”


    Posted at Sunday, August 21, 2005 by ianz
    Comments (6)  

     
    Tuesday, August 16, 2005
    petUa bersahabat



    > Apabila bersahabat, diri sendiri & sahabat harus mempunyai tanggungjawab &
    > punya harapannya sendiri. Antaranya ialah :-
    >
    > 1. Ketahanan bergurau senda, adat bergurau terlebih usik. Pastikan kita &
    > sahabat saling boleh menerima gurauan oleh itu berfikir dahulu sebelum
    > ianya berlaku.
    >
    > 2. Jgn terlalu celupar atau mengkritik, kita sendiri tidak semestinya
    > bagus dan betul.
    >
    > 3. Jgn terlalu mengambil tahu hal peribadi org terdekat dgn sahabat spt
    > tunang, isteri/suaminya atau kaum keluarganya.
    >
    > 4. Perkara sensitif spt gaji, kenaikan pangkat & hutangnya usah ditanya.
    >
    > 5. Pandai menyimpan rahsia terutama hal peribadi spt rumahtangga atau
    > hubungan suami isteri sahabat.
    >
    > 6. Terima kekurangan & keburukan sahabat seadanya. Cuba lihat nilai
    > positifnya dan lihat diri sendiri, diri kita tidak tentunya baik.
    >
    > 7. Bijak menyesuaikan tutur kata dgn emosi sahabat. Jangan cakap mengikut
    > sedap mulut tanpa memikir kesannya kepada sahabat.
    >
    > 8. Berita baik atau berita sedih sahabat, biarlah dia sendiri memberitahu
    > rakan lain walaupun kita sudah mengetahui. Ini tanda kita menghormatinya.
    > Jangan terlalu busy body dengan cerita kehidupan sahabat kita tanpa
    > memikir kesannya kepada sahabat kita.
    >
    > 9. Menghormati hak & kehidupan peribadi sahabat. beri peluang sahabat
    > bersendiri. Jikalau terlalu berdampingan, mungkin menjemukan & kita hanya
    > menyekat perhubungan dgn insan lain.
    >
    > 10. Jika salah seorg marah, beri peluang dia melepaskan amarah di hati.
    > Jgn dibalas, berdiam & tunggu hingga dia reda & sejuk. Pasti hubungan akan
    > kembali spt biasa. Manusia harus menerima hakikat setiap org ada lautan
    > hati yg pasang surut.
    >
    > 11. Sewaktu sahabat sedang marah, elok mendiamkan diri. Jikalau dia
    > mengomel, dengar & angguk. Itu lebih baik dpd membuat komen. Ia boleh
    > memburukkan keadaan.
    >
    > 12. Jangan memburukkan sahabat di hadapan orang lain dan membanggakan diri
    > dengan mengadakan cerita i.e. kekayaan, kecantikkan dan sebagainya. Bangga
    > diri tidak membawa kita ke mana-mana sebaliknya bersyukur dgn apa yang
    > dikurnia oleh Allah s.w.t
    >
    > Rasulullah s.a.w. bersabda:
    >
    > "Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan
    > oleh air." Bila seorang bertanya, "Apakah caranya untuk menjadikan
    > hati-hati ini bersih kembali?" Rasulullah s.a.w. bersabda, "Selalulah
    > ingat mati dan membaca Al Quran.

    Posted at Tuesday, August 16, 2005 by ianz
    Make a comment  

     
    Saturday, August 13, 2005
    cerita dari jepun


    Pada suatu ketika di Jepun hiduplah seorang lelaki yang sederhana, namanya Oda. Ia memiliki seorang isteri yang sangat cantik dan sangat disayanginya.

    Namun sang isteri mempunyai perangai yang buruk, iaitu teramat cerewet sekali.

    Selain itu sang isteri tersebut juga suka mengumpat dan bercakap dengan kuat hingga boleh menyakitkan telinga. Jiran tetangga tidak mahu dekat dengannya. Sebenarnya, Oda sangat menyayangi isterinya itu, tapi para tetangganya yang merasa terganggu menghasut Oda supaya meninggalkan isterinya itu.

    Akhirnya Oda pun termakan kata-kata tetangganya. Ia berfikir bagaimana cara untuk melenyapkan isterinya dari muka bumi.

    Suatu hari Oda mengajak isterinya berjalan-jalan ke kuil tua di tengah hutan. Ketika melalui bahagian belakang kuil tersebut, Oda melihat sebuah perigi buta yang tak digunakan lagi. Maka ia berpura-pura mengajak isterinya melihat burung di pohon besar dekat perigi itu. Lantas dengan pantas Oda menolak isterinya itu masuk ke perigi.

    Sepuluh minit pertama Oda merasa sangat bahagia kerana sepanjang hidupnya baru kali ini ia merasakan suasana yang begitu tenang tanpa celoteh isterinya.

    Sepuluh minit kedua, Oda mulai merasa sepi juga karena tidak biasa dengan kesunyian.

    Akhirnya sepuluh minit ketiga dengan rasa ragu-ragu Oda kembali menuju perigi buta tersebut. Ia menurunkan tali timba dan berteriak menyuruh isterinya naik.

    Begitu terkejutnya Oda ketika yang naik bukan isterinya melainkan makhluk menyeramkan dengan bulu lebat di seluruh tubuhnya, dialah makhluk penunggu perigi buta itu.

    Oda lantas bertanya, "Kenapa kamu yang naik??"

    Lantas makhluk itu pun dengan wajah pucat ketakutan menjawab, "Aku takut la, di bawah tu ada manusia... dah la cakap kuat cerewet pulak tu..."


    Posted at Saturday, August 13, 2005 by ianz
    Comments (3)  

     
    Sunday, July 31, 2005
    Kecantikan Lelaki & Kegagahan Wanita



    Kecantikan Lelaki

    Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik adalah :

    1. Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan
    2. Lelaki yang sedia menerima segala teguran
    3. Lelaki yang memberi madu setelah menerima racun
    4. Lelaki yang tenang dan lapang dada
    5. Lelaki yang baik sangka
    6. Lelaki yang tidak pernah putus asa

    Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan yang ada pada Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.

    Kegagahan Wanita

    Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah adalah :-

    1. Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
    2. Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
    3. Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan
    4. Perempuan yang tidak meminta-minta agar dipenuhi segala keinginan.

    Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

    Posted at Sunday, July 31, 2005 by ianz
    Make a comment  

    Why Ladies Today Still SINGLE!



    Top reasons why ladies today are still SINGLE

    1. The nice men are ugly.

    2. The handsome men are not nice.

    3. The handsome and nice men are gay.

    4. The handsome, nice and hetero
    sexual men are married.

    5. The men who are not so handsome, but are nice men, have no money.

    6. The men who are not so handsome, but are nice men with money think we are only after their money.

    7. The handsome men without money are after our money.

    8. The handsome men, who are not so nice and somewhat hetero
    sexual, don't think we are beautiful enough.

    9. The men who think we are beautiful, that are hetero
    sexual, somewhat nice and have money, are cowards.

    10. The men who are somewhat handsome,somewhat nice and have some money and thank God are hetero
    sexual, are shy and NEVER MAKE THE FIRST MOVE!!!!

    11. The men who never make the first move, automatically lose interest in us when we take the initiative.


    Posted at Sunday, July 31, 2005 by ianz
    Make a comment  

    nasihat Rasulullah kepada sayidina ali



    Wahai Ali, segala sesuatu ada penyakitnya :

    1. penyakit bicara adalah bohong
    2. penyakit ilmu adalah lupa
    3. penyakit ibadah adalah riak
    4. penyakit budi pekerti adalah memuji diri sendiri
    5. penyakit berani adalah agresif
    6. penyakit pemurah adalah menyebut yebut pemberian
    7. penyakit cantik adalah sombong
    8. penyakit bangsawan adalah bangga
    9. penyakit mulia adalah menonjolkan diri
    10. penyakit kaya adalah kikir
    11. penyakit mewah adalah berlebih lebihan
    12. penyakit agama adalah hawa nafsu


    Posted at Sunday, July 31, 2005 by ianz
    Make a comment  

    Next Page